4 Tips Mudah Melegakan Sakit Belakang

petua melegakan sakit belakang spinesecret

 Bagaimana cara untuk melegakan sakit belakang?

Jom ketahui 4 tips Menghilangkan Sakit Belakang.

1. Kekal Aktif

Latih diri untuk menjadi se-aktif yang mungkin dan teruskan aktiviti harian anda seperti biasa. Ini merupakan salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan, kerana berehat untuk tempoh yang panjang akan menjadikan sakit lebih teruk.

2. Bersenam

Lakukan senaman dan aktiviti regangan badan yang ringan dan mudah bagi melegakan sakit belakang anda. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berjalan, berenang, yoga dan senaman pilates.

3. Ubat Tahan Sakit

Ambil ubat tahan sakit (pain killers) seperti ibuprofen. Untuk perkara ini, sila rujuk doktor atau ahli farmasi especially jika anda sedang hamil a.k.a mengandung.

4. Rawatan Panas & Sejuk

Tekapkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit selama tidak lebih 20 minit beberapa kali sehari. Anda boleh dapatkannya pek ini di farmasi berdekatan. Selain itu, anda juga boleh gunakan botol air panas atau sayur-sayuran beku yang dibungkus dalam kain sebagai pengganti pek panas & sejuk. Kaedah ini juga boleh membantu melegakan sakit belakang dengan baik.

* Teknik ini merupakan cara kelegaan jangka masa pendek.

Penutup kata

Walaupun ia nampak mudah, 4 perkara ini memerlukan satu keazaman yang kuat untuk dilakukan. Ia sangat membantu jika anda sentiasa optimistik dan sedar bahawa anda layak untuk rasa lebih sihat. Malah lebih baik berbanding sebelumnya!

Seperti kata pepatah;

“Seseorang yang kekal positif walaupun sedang dalam kesakitan mempunyai kecenderungan untuk pulih dengan lebih cepat”

Disclaimer: Nasihat dan maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Sila pastikan anda merujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Sekian terima kasih.

Carian berkaitan

  • Petua kurangkan sakit belakang
  • Rawatan sakit belakang
  • Tips legakan sakit belakang
  • Legakan sakit belakang
  • Sakit tulang belakang