Rawatan Skoliosis: Ingat 3 ‘O’

teknik rawatan skoliosis

Hah..Anda masih ingat lagi posting SS berkenaan Skoliosis & simptomnya? Kalau belum, boleh baca dulu ok. Pendek je posting tu. At least bila anda dah baca, dapat juga gambaran apa jenis penyakit skoliosis ni.

Ok. Kita proceed kepada keadah rawatan skoliosis pulak.

Secara umumnya, rawatan skoliosis merangkumi tiga ‘O’

  1. Observation’ (pemerhatian),
  2. Orthosis’ (guna alat sokongan dengan tujuan nak betulkan tulang yang bengkok atau melengkung) &
  3. Operation’ (pembedahan).
orthosis-braces-skoliosis-spinesecret
Credit image: nytimes.com

Bagi skoliosis yang magnitud nya kurang daripada 20 darjah,

  • Tak memerlukan sebarang rawatan spesifik.
  • Appointment untuk rawatan susulan setiap 6-12 bulan akan diberikan untuk pemeriksaan lanjut dan x-ray.

Bagi skoliosis yang magnitud 20-40 darjah,

  • Biasanya dirawat dengan ortosis atau ‘bracing’.
  • Rawatan ini bergantung kepada umur serta tahap kematangan tulang pesakit (Risser staging).
  • Ortosis tak sesuai digunakan untuk masalah tulang belakang yang telah matang (mature spine), magnitud melebihi 40 darjah dan juga dalam kes-kes tulang torasik yang melengkung ke belakang (thoracic lordosis).
  • Faktor penting rawatan ortosis ini ialah komitmen daripada pesakit. Sesetengah ortosis memerlukan pesakit memakainya selama 23 jam setiap hari. Pesakit hanya boleh menanggalkannya ketika mandi. Tanpa kerjasama dari pesakit, rawatan susah nak berjaya.

Pembedahan mungkin perlu bagi,

  • Pesakit remaja yang mempunyai skoliosis melebihi 40 darjah.
  • Skoliosis tulang torasik melebihi 30 darjah.
  • Skoliosis yang melebihi 50 darjah pada pesakit dewasa.

Pembedahan bertujuan menstabilkan tulang belakang dengan menggunakan implant serta tulang tambahan (bone graft). Kebengkokkan akan cuba dibetulkan sehingga hampir menyamai tulang belakang yang normal.

Kesimpulannya, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang mengalami skoliosis, nasihatkan mereka supaya segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Lebih awal ia dikesan, maka lebih besar kemungkinan rawatan pembedahan dapat dielakkan.

Semoga posting “Rawatan Skoliosis” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Sumber artikel: mmgazette.com

Carian berkaitan

  • Rawatan tulang bengkok
  • Rawatan skoliosis
  • Skoliosis dan rawatannya
  • Kaedah rawatan masalah skoliosis
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s