“Saya Rasa Seperti Ditikam-Tikam”

bahaya skoliosis

Baru saje berkawin dengan jejaka idaman yang bekerja dengan company yang tersenarai dalam “Fortune 500”. Aini, 25 tahun seorang wanita moden yang sangat beruntung.

Tapi sejak tiga bulan berkahwin, dia dah mula start sakit belakang yang teruk.

“Ia bermula di bahagian kanan belakang dan terus menjalar ke betis. Saya rasa seolah-olah ada orang tikam saya berkali-kali di bahagian kaki dengan pisau. Perit dan sakit sangat sehinggakan saya tak boleh nak berdiri tegak pun!”

Bila dah tak tahan sangat, Aini pergi dapatkan rawatan perubatan.

“Saya visit dua klinik but dua-dua bagi diagnosis yang sama. Tak lain tak bukan, masalah sakit belakang yang saya hadapi adalah disebabkan heavy lifting. Klinik bagi painkiller tapi tak membantu kurangkan kesakitan saya…”

Finally, kes saya ni dirujuk kepada Dr. Ozlan Izma Muhamed Kamil – Perunding Ortopedik & Pakar Bedah Tulang Belakang dari Prince Court Medical Centre (KL) yang diagnos saya mempunyai masalah slipped disc.

Slipped disc juga dikenali sebagai prolapsed intervertebral disc atau herniated disc, iaitu keadaan dimana satu dari cakera atau disc di tulang belakang rupture dan gel yang ada bocor. Masalah ni boleh berlaku kat mana-mana bahagian kat tulang belakang & memberi tekanan pada saraf berhampiran.

Bahagian lumbar yang paling kerap terjejas dan sakit yang dirasai sering di iringi rasa “cucuk-cucuk” ke bahagian bawah seperti peha dan kaki.

Aini dan family tak gembira dengan berita tuh dan semua risau kot-kot Aini tak dapat nak hidup macam orang biasa. Namun, Dr. Ozlan beri jaminan dengan proper medication dan sedikit perubahan gaya hidup dah cukup merawat masalah slipped disc tersebut.

“Saya jadi panik sebab ingatkan kena buat satu perubahan yang besar macam kena beli kete yang sesuai dengan keadaan saya, tukar kerusi kat ofis etc., tapi sebenarnya tak banyak pun perkara yang saya kena ubah dan actually simple je. Saya just perlu berjalan setiap jam di office so that saya tak duduk lama di kerusi & ini adalah diantara teknik mengurus kesakitan” kata Aini

Tetapi timbuk kebimbangan lain di hati Aini

Adakah keadaan ni akan membuatkan peluang untuk dia hamil rendah?

“Tak digalakkan untuk hamil ketika sedang ambil medication. Namun berita baiknya keadaan ini bukan permanent dan sakit tu akan hilang slow-slow. So dia tak perlu nak hadkan aktiviti fizikal. Dengan medication dan senaman ringan, ia sudah cukup untuk Aini buat aktiviti rutin tanpa sebarang masalah” kata Dr Ozlan.

Boleh ke Slipped disc ni di cegah?

“Boleh; sila berjati-hati dengan cara anda mengangkat barang yang berat, jangan paksa diri untuk melakukan tugasan yang tak mampu anda lakukan sendirian, selalu bersenam dan duduk tegak. Postur yang betul adalah sangat penting” tambah beliau.

Apakah simptom slipped disc?

  • Sakit yang mencucuk-cucuk yang biasanya kat sebelah anggota badan
  • Sakit yang menjalar hingga ke bahagian lengan atau kaki
  • Sakit lebih teruk time malam, lepas berdiri atau lepas duduk
  • Sakit bila berjalan even short distances
  • Otot rasa lemah tanpa diketahui sebabnya.

* Nama telah diubah demi untuk privasi.

Semoga posting “Saya Rasa Seperti Ditikam-Tikam” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Artikel asal: shape.com.my

Carian berkaitan

  • tanda-tanda slipped disc
  • punca slipped disc
  • sakit belakang akibat slipped disc
  • rawatan slipped disc
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s