Jangan Abaikan Sakit Belakang

sakit belakang merbahaya jika tidak dirawat

Macama mana sakit belakang boleh berlaku?

Sakit belakang berlaku bila anda cuba buat sesuatu di luar kemampuan badan.

Sakit belakang tak selalu menunjukkan masalah yang lebih serius, malah kira-­kira 80 hingga 90 peratus sembuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Namun, kata Dr. Ozlan Izma iaitu seorang pakar bedah tulang belakang dari Prince Court Medical Centre mengatakan bahawa;

Ada juga sesetengah keadaan sakit belakang menjadi lebih serius. Misalnya jika berasa sakit belakang disertai dengan menyucuk ke bawah kaki, kehilangan kawalan pundi kencing atau demam.

Sakit belakang ni sebenarnya dikaitkan dengan masalah terseliuh pinggang.

Contohnya jika seseorang duduk terlalu lama, postur tersebut akan menekan otot dan tulang seterusnya sendi akan menjadi kaku atau keras. Lama-kelamaan, otot akan menjadi lemah.

Dalam masa sama, anda melakukan kerja di luar kebiasaan seperti mengangkat barang yang berat atau teknik mengangkat yang tidak ergonomik. Ini akan menyebabkan pinggang terseliuh dan sakit belakang bertambah teruk.

Teknik Rawatan Sakit Belakang

  • Kebiasaannya pesakit akan diberikan ubat mengurangkan bengkak dan sekali gus mengurangkan sakit belakang. Ubat tersebut tidak semestinya ubat tahan sakit.
  • Selain itu, urutan dan senaman regangan juga boleh meredakan keradangan sakit belakang.
  • Bagi mereka yang berasa sakit atau tegang pada bahagian belakang, anda boleh tuam dengan air batu atau pad ais. Hanya hancurkan ais batu, kemudian balut dengan plastik dan kain kering kemudian tuam pada bahagian yang sakit selama sepuluh minit.
  • Bagi mereka yang bekerja dan banyak duduk, sebaik-baiknya duduk dengan teknik yang betul. Tidak ketinggalan, lakukan regangan setiap 30 minit untuk mengelak sakit belakang.

Iritasi saraf

Menurut Dr. Ozlan Izma, ramai yang salah faham tentang slip disc dan istilah sebenar masalah sakit belakang ini ialah iritasi saraf yang disebabkan disc terluka.

Disc merupakan tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Fungsinya merosot apabila umur meningkat dimana disc kehilangan kelembapannya. Bila disc merosot, menonjol dan ia menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut.

Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, menyucuk dan kebas.

Iritasi saraf sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir. Ada juga rawatan lain untuk iritasi saraf seperti fisioterapi.

Kebanyakan penyakit pada hari ini sebenarnya berpunca daripada gaya hidup tidak sihat. Kewujudan teknologi sebenarnya melancarkan kehidupan seharian manusia tetapi sebaliknya teknologi menyebabkan orang ramai tidak mengamalkan gaya hidup aktif seperti masyarakat dahulu kerana leka dengan gajet di tangan.

Tidak hairanlah golongan muda turut diserang pelbagai penyakit termasuk sakit belakang. Oleh itu, mereka perlu kekal aktif bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik dan digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersenam atau beriadah.

Semoga posting “Jangan Abaikan Sakit Belakang” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Artikel asal: Utusan.com.my

Carian berkaitan

  • Jangan abaikan sakit pinggang
  • Jangan abaikan sakit punggung
  • Teknik Rawatan Sakit Belakang
  • Apa punca sakit belakang?
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: