Apakah Skoliosis & Simptomnya?

tanda-tanda skoliosis

Anda biasa dengar skoliosis?

“Ohh..Yang tulang belakang jadi bengkok tu ya?”

“Betul”

Skoliosis ni adalah satu keadaan di mana tulang belakang menjadi bengkok dan melengkung.

skoliosis-spinesecret
Credit Image: KnowhowMD.com

Lengkungan yang berlaku mungkin kecil, atau besar. If lebih daripada 10 darjah akan dianggap scoliosis (WebMd, 2016).

So jom kita tengok tanda-tanda skoliosis.

Apakah simptom skoliosis?

Biasanya skoliosis tak menyebabkan rasa sakit. Kadang-kadang curve pun tak begitu obvious kelihatan. Tapi sometimes, parent ada terperasan berlakunya sedikit perubahan pada postur badan anak mereka seperti:

  • Kepala anak itu condong dan tidak selari dengan pinggang
  • Salah satu tulang belikat (scapula) tertonjol
  • Pinggang atau bahu anak itu lebih tinggi jika dibandingkan dengan yang lain. Ini menyebabkan bila pakai baju atau seluar nampak tak lurus atau sekata.
  • Bagi remaja perempuan yang sedang membesar, sebelah payudara mungkin kelihatan sedikit besar berbanding satu lagi.
  • Bila membongkok atau rukuk, kelihatan bahagian belakang tidak sekata. Ada bahagian yang lebih tinggi.
simptom-skoliosis-spinesecret
Credit image: medlineplus.gov

Tanda-tanda ni bukan sahaja untuk kanak-kanak, ia juga boleh di observe untuk remaja dan orang dewasa. Nanti SS akan sambung cite pasal punca skoliosis dan teknik rawatan skoliosis okey!

Semoga posting “Apakah Skoliosis & Simptomnya?” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Sumber:

  1. WebM – What Is Scoliosis and What Cause It?
  2. KnowhowMD – Symptom of Scoliosis

Carian berkaitan

  • Masalah skoliosis dan kanak-kanak
  • Skoliosis dan remaja
  • Orang dewasa menghidap skoliosis
  • Sakit tulang belakang skoliosis
  • Skoliosis tulang belakang bengkok
  • Skoliosis dan sakit belakang
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s