Diet & Nutrisi Untuk Kesihatan Tulang Belakang

warga tua makan gembira

Hari ni anda dah makan makanan yang baik untuk tulang?

Betul ke ni?

Ye. SS percaya!

Kita semua tahu dan setuju pemakanan yang baik dan diet yang seimbang adalah komponen penting dalam menjaga kesihatan tubuh secara total kan?

Sama lah juga untuk menjaga tulang belakang.

Terdapat banyak sumber-sumber makanan di luar sana yang mampu mengoptimumkan kesihatan tulang belakang kita.

Bila tulang kuat, ia mampu untuk menyokong badan dan melaksanakan segala keperluan fizikal kita sehari-harian.

Oleh itu,

Pilih Makanan Yang Betul Untuk Optimum Kesihatan Tulang Belakang

Bila makanan yang kita ambil nutrisinya baik dan seimbang, ini dapat mengurangkan masalah sakit belakang dengan mengukuhkan tulang, otot, discs dan struktur lain.

Jom SS kongsikan antara nutrisi atau vitamin yang baik untuk kesihatan tulang belakang dan kat mana nak dapatnya nya. Dengan panduan mudah ni, selepas ni anda boleh buat checklist bila nak bershoping barang dapur ok!

8 Sumber Vitamin & Nutrisi Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

1. Vitamin A – merupakan antioksida yang membantu sistem imunisasi badan melawan penyakit. Ia bagus untuk belakang kerana membantu tisu repair dan pembentukan tulang. Selain itu, ia juga membantu penggunaan protein badan dengan berkesan.

Sumber Vitamin Adaging lembu, hati ayam, susu, mentega, keju dan telur; buah-buahan seperti aprikot, tembikai; sayur-sayuran seperti lobak merah, ubi keledek dan bayam.

2. Vitamin B12 – untuk kesihatan tulang sum-sum & tulang belakang untuk berkembang dan berfungsi dengan baik.

Sumber Vitamin B12hati, ikan, daging merah dan ayam, susu, yogurt, keju dan telur.

3. Vitamin Cadalah perlu untuk pembentukan kolagen, iaitu satu bahagian penting dalam proses yang membolehkan sel-sel convert kepada tisu. Ia membantu proses penyembuhan yang melibatkan kecederaan tendon, ligamen dan cakera vertebra.

Sumber Vitamin C – buah-buahan, seperti strawberi, kiwi dan buah-buahan sitrus (limau, jambu) dan tomato; sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, lada merah dan hijau, ubi keledek dan kentang putih.

4. Vitamin Dmembantu meningkatkan penyerapan kalsium, nutrisi terpenting dalam pembentukan tulang yang kuat dan sihat. Penyerapan kalsium yang mencukupi membantu menghalang pembangunan osteoporosis.

Sumber Vitamin D – kuning telur dan minyak ikan; juga terdapat dalam kebanyakan susu; juga boleh diperolehi dengan berjemur di bawah cahaya matahari.

5. Vitamin Kdiperlukan oleh tulang untuk fully utilize kalsium. Gabungan vitamin K dan kalsium berfungsi membantu tulang kekal kuat dan sihat.

Sumber Vitamin Khati, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan brokoli, produk tenusu.

6. Zat Besi diperlukan oleh sel-sel untuk kekal sihat kerana ia membantu proses menerima oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida. Ia juga membantu pengeluaran myoglobin, iaitu elemen penting bagi otot yang sihat yang diperlukan untuk menyokong tulang belakang.

Sumber Zat Besihati, ikan, kerang, daging merah dan ayam; kacang merah, kacang, soya, telur, bijirin, dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, dan brokoli.

7. Magnesiumpenting untuk otot “relaxing and contracting”. Ia juga membantu mengekalkan muscle tone dan kepadatan tulang, dimana membantu mencegah masalah sakit belakang.

Sumber Magnesiumbijirin, roti gandum, kacang, kekacang, kentang, avokado, pisang, buah kiwi, udang, dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, dan brokoli.

8. Kalsiumpengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk membantu menghalang pembentukan osteoporosis, sejenis penyakit tulang rapuh dan boleh menyebabkan keretakan tulang belakang.

Sumber Kalsiumproduk tenusu seperti yogurt, keju dan terutamanya susu; sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan brokoli; tauhu, kacang tanah, kacang, kacang hitam dan kacang panggang (baked bean); ikan (salmon dan sardin); bijan, tortillas jagung, badam dan gula perang.

makanan-tinggi-sumber-kalsium-spinesecret
Credit Image: nftips.com

Jangan lupa untuk masukkan senarai nutrisi & vitamin ni dalam to-do list anda ketika nak bershopping ye.

Plan hari ini untuk kesejahteraan masa hadapan

Semoga posting “Diet & Nutrisi Untuk Kesihatan Tulang Belakang” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Sumber: Spine-Health

Carian berkaitan

  • Makanan untuk penjagaan tulang belakang
  • Diet kesihatan tulang belakang
  • Petua pemakanan untuk tulang
  • Makanan yang boleh mencegah sakit belakang
  • Nutrisi untuk menghalang sakit belakang
  • Kepentingan kalsium untuk tulang belakang
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s