Obesiti dan Sakit Belakang

lelaki kesakitan di bahagian belakang spinesecret

Pakar perubatan merujuk obesiti sebagai satu Penyakit.

Berat badan yang berlebihan adalah suatu keadaan yang serius yang boleh menjejaskan kesihatan orang dewasa dan kanak-kanak. Ramai dah tahu yang obesiti ni boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kanser kolon.

Tapi mengapa prevalence kes obesiti terus meningkat? Cuba tanya diri anda tentu boleh agak apa jawapannya. Selain tu,

Tahukah anda, obesiti adalah satu faktor yang menyumbang kepada masalah sakit belakang?

Betul. Seriously!

Berat badan yang berlebihan significantly boleh menyumbang kepada gejala yang berkaitan dengan osteoporosis, osteoartritis, rheumatoid arthritis, degenerative disc disease, spinal stenosis, dan spondylolisthesis.

Wow, banyak betul bunyi tis tis kat belakang nye ye?

Just nak kongsi pasal tis atau itis ni. Kalau anda nampak atau dengar nama penyakit yang hujung dia bunyi tis-tis atau itis ni, maksudnya keradangan (inflamation).

Ok kita sambung balik topik utama. Obesiti boleh menyumbang kepada sakit belakang.

Macam mana tuh?

Macam ni cerita dia.

Tulang belakang kita ni dicipta salah satu tujuannya bagi menampung berat badan dan mengagihkan beban yang ada tak kira time rehat ataupun kerja.

obesiti-dan-sakit-belakang-spine-secret
Credit image: MyBariatricLife

Bila berat badan berlebihan, tulang belakang terpaksa tanggung beban yang lebih tu. Akibat dari tu, struktur tulang belakang mengalami tekanan yang lebih akibat lebihan load. Keadaan ini boleh membawa kepada “structural compromise” terhadap tulang belakang dan mungkin berlakunya kerosakan atau kecederaan.

Itu belum lagi seseorang yang obes dan mengangkat beban. Bertambah la tekanan pada tulang belakang!

Dan….Satu bahagian di tulang belakang yang paling terdedah kepada kesan obesiti adalah di kawasan Lumbar especially bahagian bawah..

Nampak tak? Sudah jelas obesiti atau kegemukan memberi kesan secara langsung kepada tulang belakang dan tentunya perkara ini suatu yang tidak sihat dan patut dicegah.

Jika anda tergolong dalam kategori ini, berusahalah untuk mengaktifkan diri dan kurangkan berat badan. Insya Allah ia mampu membantu mengurangkan sakit belakang anda.

Semoga posting “Obesiti dan Sakit Belakang” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Carian berkaitan

  • Kegemukan dan sakit belakang
  • Obesiti punca sakit belakang
  • Sakit belakang dan obesiti
  • Masalah kegemukan
  • Kesan obesiti kepada kesihatan
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s