Bantu Mengurangkan Sakit Belakang Mak Ayah Kita

warga tua senyum sihat

Ada mak ayah yang selalu sakit belakang?

Jika ada, posting ni sesuai untuk anda baca dan sebarkan kepada mereka.

Dan jika sudah tiada SS minta maaf ye. Tapi at least, anda boleh baca sebagai persediaan untuk hari tua suatu masa nanti.

Sebelum tu, just sebagai peringatan untuk diri SS sendiri.

Menjaga kesihatan itu suatu yang wajib. Tidak kira tua atau muda. Semua kena ambil peduli.

Setuju tak dengan statement di atas?

Adalah sangat bagus untuk setiap dari kita ada kesedaran untuk menjaga kesihatan seawal usia yang mungkin.

Kita biasa dengar, mencegah lebih baik dari mengubati.

Namun, adakah perkataan yang selalu kita dengar ini kita terjemahkan ia dengan tindakan? Anda sendiri lebih mengetahui.

Sebenarnya, mencegah sakit belakang lebih mudah dilakukan berbanding merawatnya once diri dah tak boleh bergerak. Rasanya semua sedar akan hal ni.

“Tapi kita mana tahu apa yang jadi masa depan nanti…”

Betul,

Memang tiada jaminan untuk kita terlepas dari merasa sakit belakang di hari tua, but at least kita berusaha untuk cuba mengurangkan keterukan masalah itu di kemudian hari.

Panjang jugak SS berceloteh kali ni.

Ok jom straight to the point.

Apa yang boleh kita lakukan untuk bantu mengurangkan masalah sakit belakang mak ayah kita?

 

Pastikan Mereka Makan Makanan Yang Sihat

Makanan yang sihat bermaksud yang cukup sumber nutrisinya yang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D khas untuk tulang yang kuat.

Kekal Aktif

Lakukan aktiviti riadah bersama-sama. Senaman ringan yang konsisten adalah penting untuk menguatkan tulang dan otot. Keluarlah berjogging, bersenam, berjalan bersama-sama di waktu pagi atau petang ketika hujung minggu.

Jahui Rokok

Semua tahu merokok itu tidak baik untuk sesiapa sahaja. Jika parent merokok, slow-slow nasihatkan mereka. Walaupun peluang untuk mereka berhenti itu tipis, tak salah mencuba. Sebagai anak, harus ambil kisah pasal ni. Mana tahu, dengan nasihat yang anda berikan itu membolehkan mereka mengurangkan kekerapan menghisap rokok.

Berikan Urutan Lembut

Berikan sentuhan ajaib sebagai seorang anak. Dulu masa kecil-kecil, tangan mereka yang berkedut tu la yang selalu urut kita, tepuk-tepuk badan kita. Then, kini masanya untuk kita berkhimat pada mereka. Tak perlu tanya, nampak je mereka pegang atau urut-urut belakang, cepat-cepat dapatkan mereka dan urut.

Sentiasa Tenang dan Berfikiran Positif

Sentiasa senyum di hadapan mereka. Walau betapa banyak masalah yang ada dalam fikiran anda, cuba bertenang di depan mereka. Penuhi saat-saat akhir hidup mereka dengan kegembiraan dan kebahagian melihat anak-anak dan cucu-cucunya.

Bagi mereka yang masih muda,

Ingat yang anda juga akan melalui hari tua.

Jaga kesihatan diri mulai sekarang. Jangan bertangguh-tangguh untuk menjadi sihat. Penjagaan kesihatan harus lah “life long consideration”.

Jaga badan anda dalam setiap cara. Jadikan usia emas anda bermakna, gemilang segemilangnya, se sihat mungkin daripada dicemari oleh sakit belakang yang kronik. Anda mampu merubahnya.

Semoga posting “Mengurangkan Sakit Belakang Mak Ayah Kita” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Carian berkaitan

  • Orang tua sakit belakang
  • Sakit belakang dan warga emas
  • Warga emas sakit belakang
  • Melegakan sakit belakang dikalangan warga tua
  • Tips mengurangkan rasa sakit belakang untuk orang tua
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s