Duduk Lama Penyebab Sakit Belakang

bahaya duduk lama spinesecret

Tengok pada tajuk pun dah membuatkan kita tertanya-tanya kenapa duduk lama boleh menyebabkan sakit belakang bukan? Jom kita explore perkaitan aktiviti duduk dan sakit belakang ni.

Dianggarkan lebih dari 40% orang mangalami masalah sakit belakang akibat banyak menghabiskan masa di depan komputer setiap hari.

Teruskan membaca!

Ok. Sebelum tu, saya nak tanya..

Dalam satu hari, agak-agak berapa jam total anda duduk? Tak kisah sama ada aktiviti duduk itu berlaku di office, di dalam kereta, menonton tv, main game dan sebagainya.

Ada 5 jam? 7 jam? atau sepanjang hari? Hehe

Menurut The Joint Chiropractic,

purata seseorang itu menghabiskan masa dengan aktiviti duduk lebih daripada separuh hari dan aktiviti ini meningkatkan risiko masalah sakit belakang di kalangan mereka.

Selain itu, golongan ini juga mempunyai kecenderungan mendapat kesan sampingan akibat duduk terlalu lama seperti kaki bengkak, sembelit, fluid retention (edema), dan brain fatigue.

Ok..

Berbalik kepada persoalan di atas.

Kenapa duduk lama boleh menyebabkan sakit belakang?

Dari segi anatomy dan fisiologi nya, badan kita ni memang tuhan cipta untuk bergerak regularly. Di situ ada fungsi otot, ligament, tulang dan sebagainya. Bila tak banyak bergerak tu yang timbul masalah lain.

 

Jom kita tengok…

Antara Sebab Mengapa Duduk Lama Boleh Menyebabkan Sakit Belakang

Ini yang berlaku apabila anda duduk lama (especially di pejabat)

  • Bila duduk depan komputer, adalah menjadi perkara biasa bila anda perlu hold leher (statik) dan kepala sedikit ke depan (head forward).
  • Postur ini akan menyebabkan ketegangan pada bahagian cervical vertebrae (belakang leher) dimana ini boleh mengakibatkan ketidakseimbangan yang boleh membawa kepada ketegangan leher, sakit bahu dan lumbago.
  • Menurut Dr. Josepth Mercola (2015), posisi duduk memberi 30% lebih tekanan terhadap tulang belakang berbanding berdiri. Malah keadaan akan lebih parah jika anda duduk membongkok di terutamanya di depan komputer atau laptop.
  • Cakera (disks) yang terdapat pada tulang belakang mempunyai fungsi “expand” dan “contract” bagi membantu proses pergerakan. Ia juga pada masa yang sama membolehkan proses penyerapan nutrien dan darah. So bila anda duduk, disks akan ter-compressed. Disebakan ini, cakera boleh kehilangan fleksibiliti dari semasa ke semasa. Selain itu, duduk secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat herniated disk.

Nampak kan kesan-kesan dan apa yang boleh berlaku apabila kita spend masa yang lama untuk duduk berbanding berdiri?

Oleh itu, cuba perbanyakkan berdiri. Maybe setiap 30 minit duduk, boleh bangun dan berjalan. Kalau nak buat stretching pun menarik!

Untuk permulan ni, anda boleh install je apa-apa apps atau software untuk alarm reminder kat komputer atau laptop. Kalau saya, komputer install stretchclock break reminder. Free je untuk download. Nanti dia bagi reminder suruh bangun. Best kan?

So jom lah kita berusahalah untuk tidak menjadi golongan sedentari aktif!

Huh? Golongan apa pulak ni?

Merujuk kepada Katy Bowman, seorang saintis dan penulis buku: Move Your DNA: Restore Your Health Through Natural Movement, berkongsi satu fakta yang menarik:

“Sedentari aktif merupakan satu kategori baru untuk manusia dimana mereka ini fit untuk 1 jam tetapi waktu lain nya adalah duduk sepanjang hari… Anda tidak boleh counter 1 jam exercise dengan 10 jam duduk panjang.”

Semoga posting “Duduk Lama Penyebab Sakit Belakang” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Salam sayang tulang belakang dari spine-secret

Carian berkaitan

  • Sakit belakang dan duduk
  • Sakit pinggang dan duduk lama
  • Duduk lama punca sakit belakang
  • Duduk penyebab sakit belakang
  • Duduk dalam dan sakit belakang
  • Elak duduk lama cegah sakit belakang
  • Cara mencegah sakit belakang
  • Sakit belakang kerana duduk lama
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s