10 Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil

Ketahui cara merawat sakit belakang untuk wanita hamil spinesecret

Tahukah anda

50-70% wanita mengalami masalah sakit belakang ketika mengandung.

So adalah sangat penting untuk setiap ibu hamil untuk mengetahui apa penyebab sakit belakang dan ambil langkah kawalan bagi mengurangkan masalah tersebut daripada berulang.

Ini penting sebab 25% wanita yang ada masalah sakit belakang kronik pada hari ini bermula masa pregnant dahulu.

Spine-Secret ingin kongsikan tips-tips atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mengurangkan atau mengelakkan sakit belakang ketika hamil.

10 Tips Legakan Sakit Belakang

1. Exercise (even a little bit setiap hari) and make sure jenis exercise tu mendapat recommendation oleh doktor anda. Exercise ini penting bagi menyokong dan membantu menguatkan bahagian belakang dan abdomen.

2. Gunakan kaedah mencangkung ketika nak ambil barang yang rendah (guna otot kaki) berbanding membongkok.

3. Elakkan kasut tumit tinggi atau kasut yang tidak memberikan sokongan pada lengkungan tapak kaki (arch support).

4. Letakkan bantal di bawah lutut anda time nak tidur. Meninggikan kaki baik untuk melegakan sakit belakang.

5. Pakai tali pinggang sokongan (maternity support belt) yang berkualiti tinggi dan berkemampuan untuk menyokong perut anda (tali pinggang sokongan yang diperbuat daripada elastic stretch amat digalakkan)

6. Jika berkesempatan, pergi berjumpa dengan chiropractor atau massage therapist bagi menyelaraskan semula bahagian belakang anda.

7. Mendapatkan nasihat doktor jika sakit berterusan. Medication akan diberikan bagi mereka yang mengalami masalah yang teruk bagi mengurangkan inflamation di bahagian tertentu.

8. Anda juga boleh tidur secara mengiring dengan menyelitkan support pillow di antara kedua kaki.

9. Letakkan ais di bahagian belakang anda pada waktu malam dengan gel pack untuk mengurangkan inflamation.

10. Rehat secukupnya.

Disini, si suami kena main peranan. Support si isteri disepanjang proses kehamilan. Ketahuilah masalah sakit belakang yang dialami oleh isteri anda bukan sakit yang biasa. Ianya perlu diberi perhatian. So sokongan si suami adalah tersangat-sangat penting. Bantu si isteri dalam menangani masalah sakit belakang. Jangan biarkan si isteri buat semuanya sorang-sorang okey!

Semoga posting “10 Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Salam sayang tulang belakang dari Spine-Secret

Disclaimer: Nasihat dan maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Sila pastikan anda merujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Sekian terima kasih.

Carian berkaitan

  • Sakit belakang ketika hamil
  • Mengandung dan sakit belakang
  • Sakit belakang ketika mengandung
  • Sakit pinggang ketika hamil
  • Petua legakan sakit pingggang ketika mengandung
  • Legakan sakit belakang semasa hamil
  • Tips mengurangkan sakit pinggang ketika hamil
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s