Simptom Lumbago

kekejangan otot belakang spinesecret

Ok jom kita recap semula pasal lumbago ok.

Lumbago ni dikenali masalah sakit tulang belakang di bahagian lumbar atau nak mudah ingat di bahagian pinggang tapi di sebelah belakang.

Nama je unik macam bunyi lembaga tapi benda yang sama je dengan sakit belakang.

So jom kita kenali pulak tanda-tanda sakit belakang (low back pain) ni.

Apakah tanda-tanda masalah sakit belakang (lumbago)?

Since kita tahu lumbago ni rasa sakit di bahagian belakang, tak bermakna rasa sakit di bahagian tersebut sahaja sebagai indikator atau simptomnya. Adalah penting untuk kita ketahui tanda-tanda lain agar mudah untuk mendapatkan rawatan sakit belakang yang dihidapi. Antara simptom lumbago adalah:

  • Sakit di seluruh bahagian bawah belakang yang kadang-kadang menjalar hingga ke bahagian punggung, belakang paha atau pangkal paha. Ia akan bertambah sakit bila nak bergerak
  • Pergerakan jadi terhad (susah nak jalan) especially bila nak membongkok atau bersandar
  • Rasa kejang otot di bahagian bawah belakang
  • Terasa sakit jika disentuh
  • kadang-kadang sakit tu di iringi dengan kesemutan (mencucuk-cucuk) atau kebas di bahagian belakang atau punggung atau kaki, yang terus sampai ke tapak kaki. Keadaan ni dipanggil sciatica (kerengsaan saraf sciatic).

Macam mana?

Ada tak tanda-tanda di atas? Harap tak ada la ye! Kalau ada segera mendapatkan rawatan ok dengan doktor atau ahli fisioterapi bertauliah.

Semoga posting “Simptom Lumbago” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Salam sayang tulang belakang dari Spine-Secret

Carian berkaitan

  • tanda-tanda sakit belakang
  • simptom sakit belakang
  • simptom lumbago
  • tanda-tanda lumbago
  • gejala sakit belakang
  • gejala lumbago
  • petanda sakit belakang
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s