Apakah Dia Lumbago?

apakah lumbago? spinesecret

Apakah Lumbago?

Lumbago ni asalnya dari perkataan Latin dan ia merujuk kepada “sakit yang berpunca dari bahagian bawah belakang badan.”

Kalau istilah english nya, kita panggil low back pain.

Nak lebih mudah faham, lumbago ni masalah sakit belakang yang dirasai di bahagian lumbar.

Lumbar?

Lumbar ni  adalah 3 bahagian utama tulang belakang. Boleh rujuk gambar tulang belakang di bawah.

spinal-cord-spinesecret
Credit Image: Cedar-sinai

Sakit di bahagian ini sometimes sederhana dan kadangkala teruk. Bergantung berapa lama anda menahannya.

Lumbago ni masalah biasa dan setiap orang pernah mengalaminya. Tambahan pulak, sakit belakang ini boleh berlaku tidak kira umur.

Menurut National Institute of Neurological Disorders and Stroke (2014), 80% orang dewasa mengalami masalah sakit belakang adalah dikalangan mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang memerlukan penggunaan kudrat tulang empat kerat atau kerja-kerja yang dilakukan secara manual seperti:

  • mengangkat beban
  • pindah barang
  • berdiri & duduk lama dan
  • banyak membongkok
  • sebagainya.

Dalam kebanyakan kes, masalah sakit belakang (bawah) atau lumbago ini akan pulih dalam beberapa minggu tapi bagi sesetengah keadaan, ia mungkin akan berterusan berbulan-bulan.

Semoga posting pendek berkenaan “Apakah dia Lumbago” ini dapat memberi sedikit maklumat dan manfaat kepada anda semua.

Salam sayang tulang belakang dari dr. S

Carian berkaitan

  • Apakah dia lumbago?
  • Definisi Lumbago
  • Punca Lumbago
  • Sakit Bawah Tulang Belakang
  • Punca Sakit Tulang Belakang di Bahagian Bawah

 

Leave a comment