Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

ibu hamil sakit belakang spinesecret

50-70% wanita mengalami masalah sakit belakang ketika hamil.

Ramai tuh!

Maka adalah sangat penting untuk setiap wanita yang sedang hamil atau baru merancang untuk hamil mengetahui punca sakit belakang boleh berlaku seterusnya boleh ambil langkah pencegahan & kawalan bagi mengurangkan masalah tersebut daripada berlaku atau berulang untuk next baby.

Ini penting kerana,

25% wanita yang ada masalah sakit belakang kronik pada hari ini bermula masa pregnant dahulu

So, mari kita lihat apakah antara penyebab berlakunya sakit belakang ketika hamil?

Apabila anda hamil…ini yang berlaku pada badan anda.

1. Hormon

Bila hormon relaxin dirembeskan ketika hamil, ligament dekat area pelvic jadi lembut dan sendi jadi longgar sebagai persediaan untuk proses kelahiran. That’s why anda akan rasa sakit kat bahagian belakang dan di area pelvis.

2. Center of Gravity

Pusat graviti akan gradually cenderung untuk bergerak ke hadapan sebab baby membesar, dan akan menyebabkan posture badan berubah. Keadaan ini secara terus memberi tekanan pada tulang belakang!

3. Peningkatan Berat Badan

Bila baby mula membesar, penambahan berat ni akan menambah tekanan pada lower back area (bersama gravity force).

4. Posture Badan Yang Tidak Betul

Aktiviti di rumah atau di pejabat yang membuatkan anda untuk melakukan posisi seperti: berdiri atau duduk lama, mengangkat barang, membongkok, memusing, merupakan di antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang.

5. Tekanan

Tekanan juga boleh menyebabkan bahagian badan yang paling lemah akan sakit contohnya disini adalah bahagian belakang dan pinggang.

punca-sakit-belakang-ketika-hamil

Credit Image: Orewa Chiropractic Clinic

So macam mana?

Dah dapat gambaran kan kenapa ibu hamil ada kecenderungan yang tinggi menghidapi masalah sakit belakang?

Namun jangan risau ok. Setiap permasalahan ini ada jalan penyelesaiannya. Insya Allah Secret-Spine akan berkongsikan lagi tip-tips mengurangkan masalah sakit belakang khas untuk ibu hamil ok.

Semoga posting “Punca Sakit Belakang Ketika Hamil” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Salam sayang tulang belakang dari Spine-Secret

Carian berkaitan

  • Punca sakit belakang
  • Sakit belakang semasa hamil
  • Sakit belakang ketika hamil
  • Hamil dan sakit belakang
  • Sakit belakang dan pinggul ketika hamil
  • Wanita hamil sakit belakang
  • Mengandung dan sakit belakang
  • Sakit pinggang saat hamil
  • Sakit belakang semasa mengandung
  • Sakit belakang ketika mengandung
  • Mengandung dan sakit belakang
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s