Usia Meningkat & Sakit Belakang

warga tua sakit belakang

Menurut Spine-Health (2015),

Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas lebih cenderung untuk mengalami sakit yang berkaitan dengan degenerasi sendi di kawasan tulang belakang.

Warga tua adalah golongan yang agak biasa mengalami masalah sakit belakang. Yelah kan, semakin bertambah umur kita, maka semakin jelas “degenerative effects” terhadap tubuh badan.

Masa muda dulu…

“Tak sakit punnn….”

“Ini kacang je nak angkat!”

“Ehh lembik la ko ni…”

(Dialog diatas adalah ciptaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia)

Tapi bila dah dimamah usia, sakit pinggang, sakit lutut, sakit betis dan macam-macam lagi masalah kesihatan lain yang timbul. Sakit-sakit ni ada yang biasa dan ada juga yang boleh melemahkan tubuh.

Ini lah degenerative effects. Setiap orang akan melaluinya.

Terdapat beberapa keadaan atau status kesihatan yang boleh menyebabkan sakit belakang berlaku dikalangan warga tua. Antaranya adalah mereka mempunyai masalah osteoartritis dan stenosis tulang belakang.

Lagipun ketika usia dah semakin lanjut, ketumpatan tulang juga makin berkurangan, dan jika anda seorang yang obes, tentulah tulang belakang tidak mampu menampung berat lebihan tersebut. Ini juga antara punca terjadinya masalah sakit belakang.

Maka, adalah sangat penting bagi setiap individu untuk membuat persediaan awal bagi menempuh hari tua. Mulai saat ini, anda mungkin boleh mengaktifkan diri dengan melakukan aktiviti riadah, ambil makanan yang seimbang, jaga berat badan dan sentiasa positif untuk kekal sihat.

Mungkin kita tidak dapat nak mengelak dari bertemu dengan masalah ini. Namun dengan persediaan awal ini boleh mambantu mengurangkan kadar keterukan sakit belakang di kemudian hari.

Semoga posting “Usia Meningkat & Sakit Belakang” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Salam sayang tulang belakang dari Spine-Secret (SS)

Carian berkaitan

  • Sakit belakang dan orang tua
  • Warga tua sakit belakang
  • Warga emas mengalami sakit belakang
  • Sakit belakang dikalangan orang tua
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s