Stesen Kerja Penting Untuk Kesihatan Tubuh Badan

workstation itu penting untuk kesihatan tulang belakang

Adakah anda mempunyai stesen kerja yang cantik dan menawan di office?

Pokok bunga segar?

Akuarium mini dengan ikan-ikan “finding nemo” yang cute?

Gambar anak, suami, isteri no. 1, gambar raya, gambar travel?

Great! Ini juga antara aksesori-aksesori meja yang SS suka! Tenang bila buat kerja kan.

Sape setuju angkat tangan!

Ok kita dah cakap pasal emotional needs.

Jom kita tanya pulak pasal keperluan fizikal anda di tempat kerja.

Adakah tugasan seharian anda di pejabat banyak spend time dengan duduk dan buat kerja di meja? Atau tugasan anda memerlukan banyak berdiri?

“Saya banyak duduk” kata karen kepada mail. Karen merupakan seorang eksekutif

“Saya pulak banyak berdiri…” kata mail kepada karen. Mail merupakan seorang guru

Nak tahu stesen kerja kita baik untuk tubuh atau tak jom SS tanye 1 soalan.

Pernah rasa lenguh-lenguh atau rasa tak selesa di bahagian leher, bahu, pergelangan tangan dan belakang badan ketika di pejabat?

Kalau ada, anda perlu buat sesuatu!

Posting kali ni SS nak tekankan kepentingan stesen kerja bagi mereka yang banyak spend masa di meja atau di depan komputer.

Kenapa setup stesen kerja atau workstation di pejabat itu penting?

Even “desk job” ni tak macam kerja di lapangan, still kalau tak kena caranya, boleh buat badan kita havoc!

Setup tempat kerja agar sesuai dengan keadaan fizikal anda.

Just for ingatan bersama…

Setiap orang ada dia punya preference workstation tersendiri.

Orang yang berbadan besar tidak sama dengan orang yang berbadan kecil. Orang yang rendah tidak sama dengan orang yang tinggi. Begitulah ceritenye. Setup tempat kerja itu agar selesa dan mudah untuk badan kita uruskan.

Ini termasuklah, keadaan meja, ketinggian kerusi, kedudukan printer atau telefon, jarak skrin komputer, keyboard, tetikus (mouse) dan faktor-faktor lain.

Ada sesetengah organisasi akan pukul rata keadaan workstation untuk semua staf tak kira fakor-faktor fizikal. Keadaan ini menyebabkan badan sengsara secara senyap. Tanda-tanda badan sedang sengsara adalah seperti yang SS cakap di atas.

Siapa lagi nak fight untuk badan sendiri kalau bukan tuan empunya badan kan?

Cuba ambil inisiatif sendiri.

Adjust mana yang boleh adjust. “so far as is practicable

Pastikan semua stationaries adalah dalam jarak yang “reachable”

If meja di tempat kerja anda itu standard. Boleh cuba desktop converter. Dengan desktop converter, anda boleh adjust ketinggian tempat kerja terutamanya yang menggunakan komputer seharian tanpa mengubah kedudukan meja yang asal.

desktop-converter-spinesecret
Credit Image: Forbes.com

*  Desktop converter tidak sesuai untuk kerja-kerja menulis.

Bila guna desktop converter ni, anda boleh plan untuk alternate bila nak berdiri dan bila nak duduk ketika buat kerja. At least tabiat ni mampu mengurangkan risiko masalah sakit belakang kalau anda duduk terlalu lama.

Anda boleh baca kenapa duduk lama tu bahaya di posting ini : Bahaya duduk lama.

Banyak lagi faktor yang perlu diberi perhatian. SS akan sambung lagi topik ini di waktu yang lain insya Allah.

Setup stesen kerja hari ini untuk kebajikan tubuh anda selamanya.

 

Semoga posting “Stesen Kerja Penting Untuk Kesihatan Tubuh Badan” yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda semua. Jika anda punyai cadangan, soalan atau buah fikiran berkenaan topik ini, tinggalkan idea dan pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Carian berkaitan

  • Kepentingan stesen kerja untuk badan
  • Stesen kerja dan sakit belakang
  • Stesen kerja yang selesa
  • Duduk lama di pejabat

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s